
Pada 1 Mac 2010, aku telah melaporkan diri di SMK Penghulu Saat. Sekolahnya cantik. Terdapat 67 orang guru yang berkhidmat di SMK Penghulu Saat. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaanku semasa membuat praktikal. Semoga sukses selalu.
Sunday, February 28, 2010
Praktikal Di SMK Penghulu Saat
Posted by zainahdpli at 9:03 PM 0 comments
Monday, February 1, 2010
Program Integrasi Kerjaya
Pada hari 22 Januari 2010, aku dan rakan-rakan telah menjayakan program integrasi kerjaya di SMK Sultan Ahmad Tajuddin. Semua warga sekolah telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berjalan
Posted by zainahdpli at 8:50 PM 0 comments
Tuesday, January 19, 2010
Kursus Bina Insan Guru
Pada 16 Januari 2010, aku telah menghadiri kursus Bina Insan Guru. Banyak yang telah aku pelajari. Banyak pengisian yang saya dapat di dalam kursus ini terutamanya aktiviti PAC. Apa yang penting ialah kerjasama antara ahli dalam kumpulan. Selain itu, terdapat juga penerapan bantu membantu, sanggup berkorban, setia kawan dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga peluahan hati yang boleh diluahkan oleh peserta kursus. Para peserta juga boleh meluahkan apa sahaja yang terbuku di dalam hatinya. Di samping itu juga, para peserta juga didedahkan dengan isu pelajar yang meminta tolong daripada guru yang mengajar di dalam kelasnya. Pelajar tersebut meminta tolong melalui gambar logo dan logo tersebut diletakkan di atas meja. Tetapi malangnya, cikgu tidak mempedulikannya. Sedih sungguh kerana akhirnya pelajar ini meninggal dunia.
Saya rasa sungguh sedih kerana ramai cikgu sekarang tidak peka terhadap anak murid di dalam kelas. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang kemahiran komunikasi yang betul di dalam kehidupan. Semua cikgu seharusnya menggunakan komunikasi yang lembut tetapi tegas untuk berhadapan dengan anak murid.
Posted by zainahdpli at 3:59 PM 0 comments
Saturday, January 2, 2010
Hati-hati dengan Penerimaan Video Lucah Melalui SMS

Satu Sindiket pengedaran video lucah telah menggunakan perkhidmatan sms untuk memasarkan video lucah mereka. Hal ini kerana mereka terdesak dan sukar untuk memasarkan barangan mereka. Mereka menawarkan tawaran pakej lucah kepada semua no telefon bimbit tanpa mengenal siapa malah turut diterima oleh warga emas dan pelajar sekolah rendah.
Pelbagai taktik digunakan sindiket video lucah bagi melariskan perniagaan mereka selepas kegiatan mereka sering menjadi sasaran pihak berkuasa. Pakej tawaran ini menggalakkan orang ramai terutama remaja mendapatkannya kerana ianya mudah diakses secara mudah dan akhirnya mungkin boleh terjebak kepada kejadian jenayah rogol.
Fenomena sebegini akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat kerana kebanyakkan video lucah diperolehi. Pihak berkuasa harus lebih peka dan berganding bahu dalam membanteras gejala yang tidak sihat ini.
Posted by zainahdpli at 5:19 AM 0 comments
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru kepada Semua.
Semoga kawan-kawan, pensyarah dan semua yang melihat blog zai, zai doakan kalian sentiasa selamat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan agar tahun baru ini memberikan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan. Semoga tahun baru ini juga lebih membawa makna dan pengertian kepada kita semua
Posted by zainahdpli at 1:00 AM 0 comments
Menangani Stress Dengan Bijak

Petanda Stres
•Takut
•Risau
•Tegang
•Sakit Kepala
•Marah
•Letih
•Murung
•Sakit Otot
•Sakit Perut
•Tekanan darah naik
•Tidak boleh tidur malam
•Mengingau semasa tidur malam
•Hilang selera makan
•Makan terlalu banyak
•Kecewa
•Menangis
•Menengking
•Menjerit
Punca-punca Stres
Kekecewaan
Konflik
Emosi
Masalah keluarga
Tekanan Sosial
Tempat kerja
Kesan stres
•Ulser
•Tekanan darah tinggi
•Sakit jantung
•Penyakit psikosomatik
•Kebimbangan
•Kerunsingan
Cara-cara Mengatasi Stres
•Senam robik
•Renang
•Joging
•Berendam dalam air suam
•Yoga
•Meditasi
•Mendengar muzik
•Membaca
•Menonton televisyen, wayang
•Main catur
Posted by zainahdpli at 12:23 AM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
Perjalanan Yang Berliku
Setiap Hari aku merasakan bahawa setiap kelas merupakan perjalanan yang berliku kerana aku harus sentiasa mengharungi ranjau berduri. Aku rasa bahawa setiap kelas yang aku lewati memberi pengertian kepada aku kerana aku dapat ilmu yang baru sehingga aku terasa bahawa ilmu tersebut ada banyak ranjau sebelum aku perolehi.
Posted by zainahdpli at 4:07 AM 0 comments
Monday, November 30, 2009
7 cara mudah belajar faham ajaran guru
1. Sentiasa fokus dalam matapelajaran yang diajar
2. Bertanya jika tidak faham
3. Sentiasa siapkan kerja rumah yang diberi
4. Baca buku sebelum pembelajaran bermula tanpa disuruh oleh guru
5. Tandakan isi-isi penting
6. Buat nota ringkas
7. Sentiasa tawakkal kepada allah
Posted by zainahdpli at 4:59 PM 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
Demi masa
Demi Masa
Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
a a a..............
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan dipersiakan kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan dipersiakan kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Posted by zainahdpli at 6:47 PM 0 comments
motivasi
hidup mesti ada motivasi yang tinggi. Teringat aku sewaktu di UMS, setiap hari pensyarah akan memberikan kami semangat motivasi untuk berjaya dalam hidup. beliau menyatakan kejayaan ada ditangan masing-masing. Gunakan peluang yang ada. Jangan tengok belakang. Jangan mudah berputus asa. Teguhkan pendirian, tekatkan semangat dan tabahkan hati.Setiap manusia ada kelebihan dan rezeki masing-masing.
Posted by zainahdpli at 4:21 PM 0 comments



