Pada 16 Januari 2010, aku telah menghadiri kursus Bina Insan Guru. Banyak yang telah aku pelajari. Banyak pengisian yang saya dapat di dalam kursus ini terutamanya aktiviti PAC. Apa yang penting ialah kerjasama antara ahli dalam kumpulan. Selain itu, terdapat juga penerapan bantu membantu, sanggup berkorban, setia kawan dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga peluahan hati yang boleh diluahkan oleh peserta kursus. Para peserta juga boleh meluahkan apa sahaja yang terbuku di dalam hatinya. Di samping itu juga, para peserta juga didedahkan dengan isu pelajar yang meminta tolong daripada guru yang mengajar di dalam kelasnya. Pelajar tersebut meminta tolong melalui gambar logo dan logo tersebut diletakkan di atas meja. Tetapi malangnya, cikgu tidak mempedulikannya. Sedih sungguh kerana akhirnya pelajar ini meninggal dunia.
Saya rasa sungguh sedih kerana ramai cikgu sekarang tidak peka terhadap anak murid di dalam kelas. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang kemahiran komunikasi yang betul di dalam kehidupan. Semua cikgu seharusnya menggunakan komunikasi yang lembut tetapi tegas untuk berhadapan dengan anak murid.
Tuesday, January 19, 2010
Kursus Bina Insan Guru
Posted by zainahdpli at 3:59 PM 0 comments
Saturday, January 2, 2010
Hati-hati dengan Penerimaan Video Lucah Melalui SMS
Satu Sindiket pengedaran video lucah telah menggunakan perkhidmatan sms untuk memasarkan video lucah mereka. Hal ini kerana mereka terdesak dan sukar untuk memasarkan barangan mereka. Mereka menawarkan tawaran pakej lucah kepada semua no telefon bimbit tanpa mengenal siapa malah turut diterima oleh warga emas dan pelajar sekolah rendah.
Pelbagai taktik digunakan sindiket video lucah bagi melariskan perniagaan mereka selepas kegiatan mereka sering menjadi sasaran pihak berkuasa. Pakej tawaran ini menggalakkan orang ramai terutama remaja mendapatkannya kerana ianya mudah diakses secara mudah dan akhirnya mungkin boleh terjebak kepada kejadian jenayah rogol.
Fenomena sebegini akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat kerana kebanyakkan video lucah diperolehi. Pihak berkuasa harus lebih peka dan berganding bahu dalam membanteras gejala yang tidak sihat ini.
Posted by zainahdpli at 5:19 AM 0 comments
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru kepada Semua.
Semoga kawan-kawan, pensyarah dan semua yang melihat blog zai, zai doakan kalian sentiasa selamat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan agar tahun baru ini memberikan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan. Semoga tahun baru ini juga lebih membawa makna dan pengertian kepada kita semua
Posted by zainahdpli at 1:00 AM 0 comments
Menangani Stress Dengan Bijak
Petanda Stres
•Takut
•Risau
•Tegang
•Sakit Kepala
•Marah
•Letih
•Murung
•Sakit Otot
•Sakit Perut
•Tekanan darah naik
•Tidak boleh tidur malam
•Mengingau semasa tidur malam
•Hilang selera makan
•Makan terlalu banyak
•Kecewa
•Menangis
•Menengking
•Menjerit
Punca-punca Stres
Kekecewaan
Konflik
Emosi
Masalah keluarga
Tekanan Sosial
Tempat kerja
Kesan stres
•Ulser
•Tekanan darah tinggi
•Sakit jantung
•Penyakit psikosomatik
•Kebimbangan
•Kerunsingan
Cara-cara Mengatasi Stres
•Senam robik
•Renang
•Joging
•Berendam dalam air suam
•Yoga
•Meditasi
•Mendengar muzik
•Membaca
•Menonton televisyen, wayang
•Main catur
Posted by zainahdpli at 12:23 AM 0 comments